Blog saya sudah ada 116 posts dan saya never bother to celebrate.
Saya rindu zaman satu post 20 komments saya. hihi
written by an intelligent idiot
Saya rindu zaman satu post 20 komments saya. hihi
Gempar! Ramai antara fans saya yang tertanya-tanya; “mana beliyau pergi?” “I rindu beliyau” “beliyau pergi skandal ke?”. Wah saya sungguh terharu sesungguhnya anda adalah fan saya yang terbaek, saya sayang anda semua.
Beberapa andaian serta gossip-gossip liar telah pun tersebar luas mengenai ke mana hilangnya saya tak hupdate-hupdate blog selama ini. Pelbagai akhbar-akhbar tabloid, blog-blog kontroversi, forum-forum hangat, dan portal-portal maksiat telah heboh menyebarkan fitnah-fitnah dan tohmahan-tohmahan yang palsu-palsu belaka terhadap saya.
“Izzudin tuh pergi skandal di kelab-kelab malam muda mudi and dah kene cekup oleh pihak polisi dan dah dipenjara kerana didapati positif mengambil panadol, so beliyau tidaklah menghupdate blog beliyau”
“Dia telah diculik oleh orang bunian ketika membuang air kecil di tepi highway, di alam bunian takde connection internet so tak boleh la jugak nak hupdate”
Itu la antara tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada saya. Tak kurang dengan itu, ada juga yang membuat andaian palsu yang bohong-bohong belaka;
“Izzudin dah insaf, mawu study untuk SPM, mana ada masa nak hupdate blog”
Ini semua palsu! Palsu semuanya! Saya berharap peminat-peminat saya di luar sana memahami keadaan saya dan harap tidak percaya sama sekali kepada segala statement-statement pembohongan yang sedang heboh diperkatakan ini. Saya sebagai role model sangat berduka cita mengetahui perkara ini sudah berlaku. Terima kasih uolz.