Nufflets Pengiklanan Untuk Semua?
Asia (kononnya… lebih tepat Malaysia) telah digemparkan dengan sebuah media pengiklanan web baru, Nufflets. Pengiklanan teks yang berasal dari Malaysia sebegini telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai tukang blog mahupun tukang buat laman web Malaysia. Dengan nama yang nyata cilokan daripada nama Nuffnang dan juga Advertlets yang merupakan 2 peneraju media pengiklanan web di Malaysia, ternyata pengasas Nufflets tak reti fikir nama lain.
Nufflets menjanjikan USD$15.00 akan dikreditkan ke dalam setiap akaun baru. Itu yang dikatakan mereka di laman utama. Namun begitu, terdapat pula tanda ** di sebelah pernyataan tersebut. Mereka tak pula letak apa makna tanda tersebut. Anda cuma dapat tahu hal sebenar hanya jika anda rajin membaca blog mereka yang tak menarik.
Nufflet juga menggunakan Everyone’s Advertising (Pengiklanan Untuk Semua) sebagai moto yang ditulis di bawah logo selain Asia’s Contextual Online Advertising Network (Rangkaian Pengiklanan Online Mengikut Konteks Asia) ditulis di tempat lain.
Adakah sesuai ‘Pengiklanan Untuk Semua’ dijadikan moto bagi rangkaian pengiklanan ini? Saya terpaksa kata tidak dan banyak sebab untuk saya kata begitu.
Jika sebelum ini ramai yang tidak dapat membaca terma & syarat mereka kerana ia akan redirect ke laman utama, cuba sekali lagi, dah boleh dah. Bacalah sepuas hati anda.
Nufflets tidak akan terima:
- Laman web under construction
- Laman web yang dihostkan oleh hosting percuma (seperti blog ini)
- Personal homepage
- Bukan domain sendiri
Itulah antara spesifikasi laman web yang tidak diterima, atau… tidak akan dibayar (lebih tepat). Kerana walaupun anda tak diaccept, anda masih boleh letak iklan mereka di laman web anda.
Macam mana nak maju ni? Kalau nak dibandingkan dengan Google Adsense.. bukan.. Nuffnang dan Advertlets saja.. adakah Nuffnang dan Advertlets menghadkan publisher? Mereka tak kiralah domain sendiri ke tidak, free hosting ke bayar, berapa kerat pun traffic ke laman anda. Kenapa Nufflets menghadkan publisher?
Walaubagaimanapun, berilah peluang kepada Nufflets memperbaiki khidmat diorang. Diorang masih baru lagi. Apa-apa pun, Malaysia boleh!
Linkbacks:
Akhirnya Google Adsense Versi Malaysia
Nufflets – Media Pengiklanan Tempatan Ke-Empat
An explanation on our USD$15 giveaway for our Publishers

izz @ myspace

January 2nd, 2008 at 9:46 pm
diorang masih baru lah.
give some more time. mungkin nufflets akan standing dgn yg lain.
jgn jadi macam grabmyads.com.
haram iklan tak keluar.
Reply
January 3rd, 2008 at 5:10 am
wow~
macam pro lah kata2 mu itoo~
hehe,,apa punyua nufflets lah,,
hehe,,tp malas betul aku nak buang iklan diorang kat blog aku,,
selesa aku dgn blog ko ni,,
sedap jerk mata aku tk,,,simple,nice and comfortable~
Reply
January 3rd, 2008 at 5:13 pm
syuxx >> ya, memang perlu bagi masa… rasa macam boleh tahan gak nufflets ni..
deennasour >> kita tak perlu jadi pro untuk berkata begitu.. :P ..memang theme ini memikat hatiku.. tak banyak pon den ubah
Reply
January 5th, 2008 at 3:55 pm
uh uh~
aku kata MACAM pro laa….
erm,,uh uh,,aku baru sekali login akaun aku tuh~
ntah berapa riban duit dalam,,haha :D
Reply
January 5th, 2008 at 4:02 pm
deennasour >> kita juga tidak perlu act MACAM pro untuk berkata sedemikian… tunggu jela sampai dapat.. sedih tol..
Reply