Merempuh The Forbidden Kingdom

Yay! Filem ke-2 yang saya tengok di pawagam tahun ni!!! Sejak pagi tadi, saya keluar rumah ke sekolah untuk hari Enrolmen Bulan Sabit Merah. Kena buat lintasan hormat iaitu menabik hormat orang yang dihormati kerana kita saling hormat-menghormati.

Setelah habis tengah hari, terbang terus ke Jusko Jusco S2 untuk tengok wayang! Kita tengok citer top dalam box office Malaysia; The Forbidden Kingdom lakonan Chan Kong Sang dan Li Lianjie. Tak kenal mereka? Ek eleh… Chan Kong Sang tuh Jackie Chan manakala Li Lianjie tuh Jet Li.

Nak bersinopsis-sinopsisan tak? … Seorang budak USA yang minat Kung-Fu diberi amanat oleh seorang tua untuk bagi tah hape bende kayu dekat tuannya. Sedar tak sedar dia dah ada kat China. Seorang pemabuk dengan seorang sami bersama-sama dengan seorang perempuan yang ingin membalas dendam terhadap ketua Jade yang memerintah dekat situ kerana bunuh ibubapa dia, pergi untuk pulangkan benda tu. Diorang pon dikacau-bilau oleh pejuang-pejuang Jade dan seorang ahli sihir berambut putih. Kacau punya kacau diorang berjaya dan kalahkan Jade Warlord. Habis… (lebih kurang)

Dan komen daku… biasa… biasa je cerita ni dengan cerita kungfu-kungfan lain. Jalan cerita pon cam boleh agak je. Tapi oleh kerana banyak lawak-lawak dan effect-effect serta aksi-aksi menarik, kira OK lah jugak.

Nak recommend korang tengok ke tak nak eah? hmmm… tengok jelah kalau dah boring-boring.

Rating:

lebih sikit daripada separa best

Linkbacks:
The Forbidden Kingdom – Menteil
Film Review – The Forbidden Kingdom – Kreuger

This entry was posted on Saturday, April 26th, 2008 at 8:32 pm and is filed under filmumbling. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Merempuh The Forbidden Kingdom”

  1. loque Says:

    wah..
    criter2 cam ni memang aku minat..
    nanti2 lah aku tengok..
    kuar hbo nanti aku tengok

    Reply

  2. Kreuger Says:

    e-zoodeen, nice preview. aku pon dah nengok citer ni.
    pada minggu lepas lagi. Best kan…. kan aku dah kate best~

    Adios
    Kreuger®

    Reply

  3. e-zoodeen Says:

    loque >> ko nih sumer nak tengok nanti…

    Kreuger >> nyehehehe.. best best… :cool:

    Reply

  4. loque Says:

    hahaha..
    malas aku nak bao tiket..
    nanti kuar hbo tengok ler..
    atau pon..donlod torrent.

    Reply

  5. Kreuger Says:

    Keep it up ezoodeen…
    Aku akan selalu berkunjung ke sini.

    note:- blog anda sudah saya link
    timer kasih

    Kreuger®

    Reply

  6. e-zoodeen Says:

    loque >> tidak dapat kukatakan apa-apa… :???: :???: :???:
    Kreuger >> yay… bagoesss…

    Reply

  7. baboon jadian Says:

    :razz: salam…
    ahaks…baru tengok?ahaks…saya belom lagi.tak sabar nak tunggu prirated copy,ahaks.but,trailernya memang hebat…bila filem malaysia akan sehebat nie agaknya?ahaks…. :lol:

    Reply

  8. loque Says:

    keng3…

    Reply

  9. e-zoodeen Says:

    baboon jadian >> filem nih budgetnya USD30 million ++… filem malaysia yang paling banyak kutipan nye pon RM7 juta… berbaloi ke?? sume takot nak bwat filem mahal2 cam PGL… takut tak laku… tapi filem malaysia yang murah2 nih pona de gak yg hebat laksana cicakman, antoofighter, duyung, cicakman 2!!… kire hebatlah gak dengan budget yg rendah

    loque >> nih kes nak jadi top commentator lah nih… ‘keng3′ pon nak gak comment… :grin:

    Reply

  10. loque Says:

    hahaha…
    maner ader..
    lain lah kalo kat blog abg deen tuh..
    komen kene berkualiti baru dapat duit..
    hahah..

    Reply

  11. e-zoodeen Says:

    loque >> keluar fatwa menyatakan sesiapa yg komen berkualiti baru tak dapat apa2… yang tak berkualiti tuh pon tak dapat ape2 yer…

    Reply

  12. deennasour Says:

    aku tak tgk pon..
    tak tau napa..
    maybe sbb org cina tak tgk filem melayu sangat..hehe

    Reply

  13. e-zoodeen Says:

    deennasour >> racist!! :evil:

    Reply

Leave a Reply