Jom Review Album

Tak pernah-pernahnya saya review album lagu kat blog ni kan? Jadi buat pertama kalinya jom kita review album!

Album-album yang nak direview ialah:

Original Soundtrack ‘Sepi’

Poster Sepi

Poster 'Sepi'

Bolehlah dikatakan masih baru. Dah sampai sebulan ke belum? Filem arahan Kabir Bathia ‘Sepi‘, seperti filem ‘Cinta’ mempunyai runut bunyi yang best-best. Lagi-lagi kali ni dengan sentuhan Pacai dan komposer lain yang terer belaka. OST sepi memuatkan 14 runut:

  1. Kau Ada Dia – The Lima ?
  2. Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly ?
  3. Senyum Indah – Crush ?
  4. Sepi – Yuni Shara ?
  5. Aku Bukan Untukmu (versi baru) – Zaf & Lah ?
  6. Jatuh Cinta – Pacai ?
  7. Mungkin – Anuar Zain ?
  8. Kembang Perawan – Gita Gutawa ?
  9. Oh! Asmara – Nora ?
  10. Aku dan Bulan – Hubuonen ?
  11. Puisi Sepi – Baizura Kahar ?
  12. Kita – Nieyl ?
  13. Vocalizing Gita Gutawa ?
  14. Sayang Sayang – Aliff Aziz ?
  15. Rindu – Saiful ?
  16. Seribu Kenangan – Didicazli ?
  17. Hilang – Diddy ?
  18. Seribu Tahun – Imran Ajmain ?

Wah… pelbagai lagu best-best lama dan baru dicompilekan dalam album ni. Rating: 4/5

Finally | Akhirnya – Suki

Album Finally | Akhirnya Suki...

Album Finally | Akhirnya Suki...

Album pertama schoolmate saya ni. Dari tajuk album dah tau rojak. Bukan setakat bahasa yang rojak. Tetapi genre lagu pun rojak jugak (walaupun tak berapa rojak). Suki yang mengalahkan Faizal Tahir dalam OIAM season 1 lagi lambat keluarkan album daripada Faizal Tahir. Album terbitan Monkeybone ni macam tak mendapat sambutan je. Album ni memang ala-ala album Aku.Muzik.Kamu – Faizal Tahir tapi cuma ada sikit perbezaan iaitu album ni mengepilkan beberapa lagu genre berbeza dan lebih banyak lagu bahasa Inggeris. Boleh la diklasifikasikan sebagai album Pop jugak macam Aku.Muzik.Kamu. Dan lagu-lagunya ialah:

  1. Berdiri ?
  2. Usah (featuring Daly Ahli Fiqir) ?
  3. Painted Blue ?
  4. Ku Teruskan ?
  5. Hidup Ini ?
  6. Rock With Me ?
  7. G.L.B ?
  8. Tak Sama ?
  9. Tak Pernah Berubah ?
  10. Never Say ?
  11. Don’t (featuring Head M) ?

Runut nombor 11 ialah versi Bahasa Inggeris untuk lagu runut nombor 2. Album ni… mungkin disebabkan vokal Suki tak berapa mengancam ditambah lagi dengan lagu yang lebih kurang sama (beberapa je yang lain sikit), bila dengar album ni lama-lama rasa boring. Rating: 3/5

Percubaan Pertama – Aizat

Album cover percubaan pertama Aizat

Album cover percubaan pertama Aizat

Album percubaan pertama daripada Aizat yang berjudul ‘Percubaan Pertama’. Tak direct sangat ke? Ada 2 single dari album ni iaitu yang pertama Sahabat dan kedua Hanya Kau Yang Mampu. Sahabat bagaimanapun tak mendapat sambutan. Hanya Kau Yang Mampu sebaliknya mendapat sambutan hangat. Tapi album ni dapat sambutan hangat ke? Lagu-lagu yang dimuatkan ialah:

  1. Fikirlah ?
  2. Hanya Kau Yang Mampu ?
  3. Lagu Kita ?
  4. Sahabat ?
  5. Selamat Tinggal Akhirnya ?
  6. Cintai Diriku ?
  7. Melodi Cinta ?
  8. Hanya Kau Yang Mampu (versi akustik) ?

Album ni dapat banyak sentuhan komposer Indonesia menyebabkannya lebih kurang sama dengan kebanyakkan lagu Indonesia. Jadi… kekadang jerk boleh layan. Rating: 3/5

Halal & Loving It – One Buck Short

Kulit album Halal dan Menyukainya... Tak disahkan oleh JAKIM

Kulit album Halal dan Menyukainya... Tak disahkan oleh JAKIM

Band independent; One Buck Short tampil dengan album ni tahun lepas. Walaupun dah lama, saya nak jugak review pasal baru lagi dengar. Punk rock… genre yang boleh dipadankan dengan lagu-lagu dalam album ini. Senarai runutnya ialah:

  1. Takeoffs & Landing ?
  2. Kelibat Korupsi ?
  3. Fast Times ?
  4. Explicit Crimes (Taking The Lead) ?
  5. 10-04 ?
  6. Khayalan Masa ?
  7. R.I.P. ?
  8. Runaway Top Guns ?
  9. Ushka Dush ?
  10. K.I.S.S ?
  11. That Day (clean version) ?
  12. Kerana Tiada Pilihan Lain ?

Wahai peminat lagu indie… dengan ini saya bagi rating album ni: 3/5


? = 0 Markah ? = Stengah markah ? = 1 markah (penuh)


Actually, takda 1 pon daripada album yang direview tadi saya beli. Sume download ajer… Kejamzz~

This entry was posted on Sunday, July 20th, 2008 at 1:25 am and is filed under albumumbling. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “Jom Review Album”

  1. Aamir Says:

    hahaha … kantoi!!! hamba ingatkan tuan hamba membeli album2 tsb namun rupanya tuan hamba berbuat demikian karena mampu meruntuhkan industri muzik tempatan … wakakaka * padahal aku dok buat gak :D …

    btw, cubaan yg bagos dalam mereview album … tahniah … 3 stars for u … – juri Gangstarz yg paling “kecik” tu

    Reply

  2. e-zoodeen Says:

    mayapada zaman keteknologi kemaklumatan penuh retorik serta wawasan tidak lagi dikatakan fatamorgana sesungguhnya itulah yang dikatakan “download saje”

    Reply

  3. elliv.co.cc Says:

    waaa! asal suki rating 3/5 jer? tak adil! tak adil… gua minat suki beb! Sook Yee! Sook Yee! elliv rate 10/5!!!! :) :) X) XP

    Reply

  4. loque Says:

    yeah2…
    one buck short punyer paling best…
    tapi lagu this is a love song lagi besh!

    Reply

  5. e-zoodeen Says:

    aikkxx… minat suki ka? suki tuh skandal ngan aku laaaaa… ~cabutt

    Reply

  6. e-zoodeen Says:

    diz is a lap song tuh lagu apekebende sape nyanyi?

    Reply

  7. Sedare laen darah Izzudin Says:

    gersang adek aku skunk*larikk

    Reply

  8. Sedare laen darah Izzudin Says:

    huhu intrepitasi setiap org kan berbeze..tak aci ko kasik markah banyak*aik?

    donlot agik bagus kan daripada beli album yg x best*angguk setuju

    Reply

  9. deennasour Says:

    korang mmg lanun!!!

    Reply

  10. deennasour Says:

    lagu berdiri tuh patut satu markah!
    sampai skang aku buat jadi ringtone monofonik 3310 akuh..mwahaha

    Reply

  11. e-zoodeen Says:

    baru rawk ala-ala kapten jek separuh

    Reply

  12. e-zoodeen Says:

    ~gara2 pengaruh lagu aku scandal oleh hujan…

    Reply

  13. e-zoodeen Says:

    sebeggitukk? aku dengo boring jerkk… ~lalalaa

    Reply

  14. e-zoodeen Says:

    ape ko mengarut…

    Reply

  15. loque Says:

    one buck short ah…
    sedap sey…
    kalo ade lirik die…
    boleh aku upload ka guamedia…

    Reply

  16. e-zoodeen Says:

    alaa… ko mengalami kesulitan pendengaran ker… listen copy jelerr… ~riak

    Reply

  17. e-zoodeen Says:

    aku mendapat tahu lagu this is a love song sbenawnye tajuk die ialah 10-04… memang bessztt… ekekee…

    Reply

  18. normala samsudin Says:

    lagu2 nya memang best. tapi filemnya agak kurang menarik…nak tahu kenapa…read my blog…tapi itu sekadar personal opinion

    Reply

  19. e-zoodeen Says:

    wah hebat… post disugarkan kembali.. :shock:

    Reply

Leave a Reply